Kepintaran Emosi

Dalam Mengharungi Cabaran Di Tempat Kerja

 

 

 

 

“Kebolehan mengenalpasti perasaan diri sendiri dan orang lain, untuk motivasi diri dan pengurusan emosi dalam perhubungan harian.” – KEPINTARAN EMOSI

 

Ketua-ketua korporat kini telah mula mengenal pasti kepentingan kepintaran emosi sebagai skil kritikal yang diperlukan oleh golongan yang memimpin dan yang dipimpin di tempat kerja untuk keseimbangan bakat.  Ahli psikologi dan pakar kajian perlakuan menyatakan skil kepintaran emosi menghasilkan golongan pekerja yang dapat berinteraksi dengan bijak dan menjalinkan perhubungan yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan harmoni di tempat kerja.  Mereka tidak dapat menafikan bahawa kepintaran (IQ) sahaja tanpa kepintaran emosi (EQ) dapat melahirkan warga kerja yang bijak.

 

Pemahaman emosi membantu meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan berbagai-bagai personaliti untuk mengekalkan kegirangan dan keharmonian menjalankan tugas serta kehidupan peribadi kita.  Seorang pemimpin yang memiliki kepintaran emosi dapat memperbaiki kepuasan pekerja, meningkatkan tahap motivasi dan menambahkan keberkesanan organisasi.  

 

 

Objektif

 

Setelah tamat program ini, anda akan mampu:

  • Menggunakan kepintaran emosi dalam meningkatkan perhubungan kerja yang produktif dan sihat
  • Mengajar warga kerja muda kepentingan kepintaran emosi untuk kejayaan
  • Memupuk kompetensi sosial untuk kebahagiaan tempat kerja
  • Membanteras pengaruh negatif yang menganggu dan mempengaruhi warga kerja
  • Meningkatkan kepimpinan berkarisma melalui kepintaran emosi dan kompetensi yang berkaitan dengannya.
  • Mereka bentuk  garis panduan dalam menerokai kepintaran emosi langkah demi langkah yang berkesan dengan sesi praktikal yang dapat membantu anda mengatasi kelemahan diri sendiri

 

Siapa Patut Hadir

 

·         Pentadbir

·          Ketua Jabatan Pentadbiran

 

Pembelajaran

 

Setelah tamat program ini, anda akan memperolehi pembelajaran yang berikut:

·          Kebolehan mengunakan kepintaran emosi dalam tugasan harian

·          Kemahiran mempertingkatkan skil perhubungan antara staf untuk meningkatkan produktiviti


Tajuk-tajuk Utama Program

 

Hari Pertama

Memahami Fungsi Minda Dan Otak

  • Memahami peranan otak dalam mengendalikan perasaan kita
  • Mengenal pasti aktiviti otak yang mempengaruhi perasaan dan emosi
  • Menerokai potensi minda dalam menangani masalah emosi
  • Membezakan dua jenis kepintaran – intelektual dan emosi
  • Aktiviti 1 – Perjalanan Minda

 

Lapan Kategori Emosi

  • Marah, Sedih, Takut, Seronok, Sayang, Terkejut, Menyampah, Malu  
  • Aktiviti 2 – Pelangi Emosi Hati Anda

 

Lima Komponen Asas Kepintaran Emosi

  • Kesedaran Diri
  • Pengurusan Emosi
  • Motivasi Diri
  • Rasa Simpati
  • Kemahiran Sosial
  • Aktiviti 3 – Klip Video

 

Hari Kedua

Kepintaran Emosi Untuk Kepimpinan Berkesan

  • Memahami kemahiran pemimpin yang bersikap adil dengan kepintaran emosi
  • Memaparkan diri yang berkeyakinan dan teguh dalam menghadapi cabaran
  • Mencerminkan keperibadiaan yang kukuh dengan pengurusan emosi sendiri
  • Membantu warga kerja sentiasa maju, sanggup belajar dari kesalahan diri dan meningkatkan prestasi diri
  • Aktiviti 4 – Tikus Terowong

 

 

 

Kepimpinan Berasaskan Kasih Sayang Berbanding Dengan Kepimpinan Berasaskan Takut

  • Menerokai cara kepimpinan berasaskan rasa “takut”
  • Memahami perhubungan di antara warga kerja yang “takut”  dan pemimpin yang bengis atau keras
  • Membawa kasih saying dan harmoni ke tempat kerja
  • Meneliti motivasi yang berasaskan “takut”
  • Meneliti motivasi yang berasaskan kasih sayang
  • Aktiviti 5 – Kajian Kes: Jatuh Hati Dengan Kerja Anda

 

Kualiti Kepintaran Emosi Diri Anda Berbanding Dengan Orang Lain Yang Bekerja Bersama Anda

  • Memahami bagaimana struktur dan fungsi model mental (mental model) mempengaruhi pemikiran
  • Mengenali “laluan buta” (blind spots) yang menghindarkan pemahaman
  • Menghindarkan diri daripada pengaruh persepsi dan prasangka yang menghalang peningkatan
  • Menjalinkan perhubungan yang erat di tempat kerja dengan kerjasama dari semua golongan
  • Aktiviti 6 – Kajian Kes: Orang Buta 

 

Fasilitator Latihan

 

Rita Krishnan, MMIM, MIM-CPT

Bachelor in Psychology (National University of Singapore),

Masters in Educational Psychology (Monash University, Australia)

Associate Consultant (MIM), MIM-CPT Programme Director

 

 

Administrative Details

 

Fees:

MIM Member: RM1,100

Non-Member: RM1,270

 

Duration:

2 days

 

Time:

9:00 a.m. – 5:30 p.m.

 

Venue:

MIM Management House

Kuala Lumpur

 

 

Skim PSMB:

  • SBL

 

CPD Hours:

  • 16

 

Recommended follow-on programmes:

 

·          Personal Empowerment with NLP

·          Personal Success and Leadership Programme - Creating A Success Mindset

·          Power Negotiation Using Psychological Tools!

·          Strategic Negotiation For Effective Results

·          Time Management & Personal Effectiveness